About Me
+Follow | Dashboard !
Hola u all...my name is nurul syathirah binti saperi...my age is 16 years old...i have 4 siblings n all gurlz...my l0vely family is my tokoh...hehehe...<3
Stereo Hearts
>
abang sayang sofea bahagian 2
Khamis, 8 April 2010
BAB 2
Setibanya mereka di halaman rumah sewa itu,tiba-tiba Sofea terdengar bunyi keroncong seperti diminta untuk diisi oleh tuan punya perut. Sofea berfikir dan sambil berkata di dalam hati ‘perut siapa ea yang bunyi tu?nak kata perut aku..aku dah kenyang..’ lalu terlintas di dalam minda Sofea bahawa ada seorang makhluk Allah di dalam keretanya itu. Sofea terus memandang makhluk yang duduk di sebelahnya itu. Dia terlihat makhluk itu sedang tersengih-sengih sambil memandang wajahnya.
“kau lapar ke??”tanya Sofea kepada Fatimah. Fatimah hanya mengganguk tanda mengiakan bahawa perutnyalah yang berbunyi tadi.
“kenapalah kau tak cakap dari tadi?menyusahkan betullah kau ni..”ucap Sofea kepada Fatimah sambil mengundurkan keretanya dari halaman rumah sewa itu.
“macam mana aku nak cakap kalau muka kau tu dah merah sebijik macam cili tau..kang bila aku cakap mulalah kau melenting tak tau pasal..”jawab Fatimah sambil menarik muka.
“yalah..yalah..im sorry k..so..where we want to go now??”tanya Sofea sambil memandang Fatimah dengan hujung mata. Wajah Fatimah mula ceria daripada wajahnya yang tadi macam cuka.
“ek eleh..pergi makanlah..takkan pergi tengok wayang kot..apalah kau ni..”jawab Fatimah sambil tolak bahu Sofea.
Sofea tergelak kecil lalu tergeleng-geleng sambil tersenyum. “kau ni kalau bab makan memang nombor satu kan...yalah..aku taulah nak makan tapi kat mana tenuk?..haiyoh..manyak susah wo..wa kalau cakap sama lu mesti lu lurus bentul..haiyoh..”cakap Sofea sambil tergeleng-geleng.
“hehe..dekat tempat biasalah..kat mana lagi..”kata Fatimah sambil tersengih-sengih.
Kereta Myvi hitam itu mula membelok ke gerai mamak itu. Gerai mamak itu adalah tempat lepak mereka. Mereka adalah pelanggan yang teristimewa sekali.
Ketika Sofea dan Fatimah masuk ke gerai mamak itu,setengah daripada pelanggan yang berada di dalam gerai itu memandang ke arah mereka dengan pandangan yang biasa tetapi Sofea dapat merasakan suatu tarikan(seperti magnet) untuk melihat ke arah belakang mereka. Sofea terus mengalihkan pandangannya ke arah belakang dan dia terkejut kerana dua pasang mata itu tepat memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“woi!”sergah Fatimah sambil menepuk bahu kawannya itu. Sergahannya itu telah membuatkan Sofea tersedar dari lamunannya lalu dia terus mengalihkan pandangannya dari dua pasang mata itu ke arah Fatimah yang tersedia berdiri di sebelahnya. Fatimah terus menarik tangan Sofea menuju ke meja yang selalu mereka duduk di gerai itu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Irfan Hafizudin Nufael masih memandang setiap pergerakan yang dilakukan oleh dua orang gadis itu. Tiba-tiba idea nakalnya mula muncul di kotak fikirannya. ‘siaplah korang!aku akan balas balik!tunggu dan lihat saja!hahahaha’bisikan nakal di hati Irfan sambil tersenyum sinis. Tanpa dia sedari,ada sepasang mata sedang memerhati setiap gerak gerinya daripada tadi lagi.
“woi..kau tengok apa tu sampai aku datang pun kau tak sedar ni?”hairan Danial Haikal apabila dia melihat sahabatnya itu tersenyum-senyum macam orang gila je daripada tadi. Senyumannya terus mati apabila mendengar soalan dari Danial itu. ‘potong stim betullah mamat ni!kang free je kau dapat backhand aku!’marah Irfan di dalam hati. Irfan hanya mendiamkan diri saja. Dia tidak menjawab soalan daripada ‘member’nya itu malah terus melihat gerak geri dua orang gadis itu.
“amboi…aku tanya kau buat ‘dek’ je ea..ok..fine..”jawab Danial Haikal sambil menarik muka sedepa sebijik macam asam kecut. Irfan mengerling sekilas melihat wajah sahabatnya itu.
“alah..kesiannya..tulah buat lagi aku terkejut..nasib baik aku tak ada sakit jantung…kalau ada tadi dah lama dah aku jalan..”kata Irfan sambil membetulkan duduknya itu. Danial tersengih-sengih tapi Cuma sementara dan kembali kepada serius.
“kau tengok sapa tadi?”tanya Danial sambil melilaukan pandangannya ke segenap ruang gerai mamak itu.
“nothing..”jawab Irfan sambil menyedut orange juicenya itu. Dia malas hendak menjawab soalan Danial itu kerana dia sudah masak sangat dengan perangai miang sahabatnya itu. Pantang jumpa perempuan dahi licin,mulalah ulat daunnya tu datang.
“alah..cakaplah…mana tau kau tengah tengok cikaro-cikaro yang cun habisan sampai aku datang pun kau tak sedar..lehlah aku tolong usha cikaro tu untuk kau..”kata danial yang masih mencari sesuatu sambil tersengih macam kerang busuk.
“untuk aku ke untuk kau??”duga irfan sambil menahan tawa.
“hehe..macam tau-tau je kau ni ye..”
Tiba-tiba Irfan mendapat idea nakal lagi sekali untuk mengenakan dua orang gadis yang sedang rancak berbual itu. “kau tunggu jap ye..ke kau nak ikut sekali?”tanya Irfan kepada Danial.
“nak pergi mana?”
“gi tengok cikaros…”
“ok..jom..”Irfan dan Danial saing menangkat punggung untuk pergi ke destinasinya. ‘hahahaha!tunggulah korang!’hati jahat Irfan berbisik lagi.