About Me
+Follow | Dashboard !
Hola u all...my name is nurul syathirah binti saperi...my age is 16 years old...i have 4 siblings n all gurlz...my l0vely family is my tokoh...hehehe...<3
Stereo Hearts
>
abang sayang sofea bahagian 3
Ahad, 25 April 2010
“Dan..nanti kau tolong aku ok…”kata Irfan kepada Danial yang berada di belakangnya sambil berjalan ke arah dua orang gadis itu dengan senyuman sinis. Muka Danial berkerut-kerut apabila mendengar kata-kata daripada Irfan.


“tolong??tolong apa?”tanya Danial sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Irfan hanya sabar saja. ‘eiii!lurus bentul juga mamat ni!’

“tolong tumbuk minah tu..nak??!”geram Irfan dengan perangai lurus bentul sahabatnya itu. Danial terkejut. ‘gila ke apa kawan aku ni?nak aku tumbuk cewek cun..tak naklah aku tumbuk cewek tu..memang dasar gila betul kawan aku ni..’kata hati Danial.

“tahupun tak nak…”jawab Irfan seolah-olah mendengar kata hati Danial itu. Danial sekali lagi terkejut. ‘dia dapat baca isi hati aku?eeee…seramnya aku..’ “aku nak kau tolong back up aku nanti boleh tak?”sambung Irfan sambil mengerling sekilas ke arah gadis itu.

“ok..”jawab Danial selepas tiba di meja cewek cun yang sedang makan mee bandung itu.

“assalamualaikum..”

“waalaikumsalam..”jawab salam secara serentak oleh dua orang gadis itu sambil mengalihkan pandangan mereka ke arah tuan punya milik suara itu. Mereka sama-sama terkejut.

“apa kau buat kat sini?”tanya Fatimah secara berbisik.

“hai..takkan aku tak boleh datang sini kot..ke korang takut??”Irfan memberi jawapan yang sinis kepada dua orang gadis itu. Danial yang dekat belakang Irfan hanya mendiamkan diri sambil menanti jawapan dari mulut kecil milik Sofea.

Sofea dan Fatimah hanya menahan marah mereka yang semakin tiba ke puncaknya. Namun hanya sebentar. Kemudian mereka kembali tenang.

“huh..kita orang nak takut dengan kau?..sorrylah wei..”jawab Sofea sambil tersenyum sinis kerana dia sudah tahu apa tujuan dua mamat ni datang ke meja diorang. Irfan dan Danial terkejut dengar kata-kata gadis itu. Irfan jadi semakin geram dengan kata-kata sinis itu.

“ada aku kisah kau takut dengan aku ke tak?!aku nak kau dan kau ganti balik handphone aku yang hancur dek korang!”marah Irfan sambil menudingkan jarinya ke arah Fatimah dan Sofea. Fatimah kaget manakala Sofea hanya berselamba. Tiba-tiba Sofea ternampak sesuatu di sebalik poket seluar milik Irfan iaitu handphone barunya tetapi Sofea hanya buat tidak nampak saja.

Danial menyampuk. “bukan ke kau dah beli handphone baru tadi?”hairan Danial sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu. ‘pelik..kan Fan dah beli handphone baru?tak cukup satu handphone ke apa?’tanya Danial di dalam hati.

Irfan bengang. “kau bukan back up aku bongok!!”bisik Irfan kepada Danial. Danial tersengih-sengih.

“dah..lebih baik kau blah sekarang..coz we not have any discussion now..so you can get out from here!!”lantang suara Sofea kepada Irfan. Irfan dan Danial pun pergi daripada meja dua orang gadis itu. ‘kau tunggu jelah nanti!’marah Irfan di dalam hatinya.

“awak..boleh tak mintak nombor telefon?”tanya Danial kepada Sofea. Sempat lagi dia nak usha Sofea dalam keadaan temannya yang tengah marah.

“Danial!!!”panggil Irfan dengan kuat.

“yelah..yelah..”jawab Danial sambil memuncungkan bibirnya.

**************************************************************************************************

Selepas dua mamat itu pergi,Sofea dan Fatimah ketawa terbahak-bahak. Keadaan menjadi riuh-rendah dengan ketawa mereka. Pelanggan yang melihat perang dunia itu pun ketawa. Sofea dan Fatimah terus ketawa dan ketawa dan ketawa.

“takut rupanya mamat tu..hahaha”kata Sofea dengan diiringi dengan ketawanya itu.

“dah..dah..sambung makan..aku dah lapar dah ni..”

Mereka terus menyambungkan makanan diorang itu. Selepas selesai makan,Fatimah terus membayar bil mereka di kaunter.

“berapa semuanya kak?”

“RM 12.60”

“terima kasih”kata Fatimah. Fatimah terus pergi ke arah Sofea. Mereka berjalan secara beriringan menuju ke kereta milik Sofea itu. Tiba sahaja di pintu tempat memandu,tiba-tiba Sofea menendang tayar kereta kerana tayar keretanya menjadi kempis.

“kurang ajar!!”marah Sofea sambil menendang tayar.

“kenapa dengan kau ni Sofea?”

“kurang ajar punya mamat!!tunggu je kau”marah Sofea sambil menggenggam penumbuknya itu.

Fatimah terus pergi ke tempat Sofea berdiri. Terkejut dia selepas memandang tayar kereta. Tanpa mereka sedari,ada sepasang mata sedang memandang mereka dengan senyuman puas.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

‘padan muka kau!!hahaha’hati jahat Irfan kegembiraan selepas apa yang dia buat dekat kereta Sofea itu. Danial hanya memandang dengan muka yang sudah berpeluh. Dia mengesat peluhnya dengan menggunakan hujung lengan baju kemejanya.

“dah lah wei..aku dah panas ni..jomlah..”ajak Danial sambil menarik kemeja kawannya itu.

“yelah..yelah..”sahut irfan sambil bangun daripada cangkung. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta milik Irfan. Kereta ALZA berwarna hitam itu memandu dengan tenang di jalan raya.