abang sayang sofea bahagian 1
Selasa, 6 April 2010
BAB 1
Izzati Sofea sedang termenung jauh teringatkan arwah ibu bapa dan adik-beradiknya. Kenangan demi kenangan yang terindah bersama mereka kembali melayari di kotak fikirannya. Arwah ibu bapa dan adik-beradiknya meninggal dunia kerana mengalami kemalangan di jalan raya semasa pulang dari Bandar Batu Pahat. Peristiwa ngeri itu susah untuk dilupakan. Peristiwa ngeri 10 tahun yang lalu kembali terlayar di kotak fikirannya satu demi satu.
Peristiwa 10 tahun yang lalu
Semasa Sofea sedang mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang akan datang,Puan Salimah iaitu mak saudara Sofea memanggilnya untuk turun ke tingkat bawah. Sebelum keluarganya pergi ke Bandar,Sofea tinggal bersama mak saudara untuk sementara waktu kerana perjalanan ke sekolah dari rumah mak saudaranya adalah dekat berbanding rumah keluarganya. Hubungan antara Puan Salimah dengan Sofea sangat akrab.
“Sofea,cepat turun sayang!”laungan kuat Puan Salimah bergema segenap ruang tamu kepada anak saudaranya.
“Ya..sekejap mak cik..”jawab Sofea yang berada di dalam kamarnya. Sebelum Sofea turun ke tingkat bawah,dia sempat mengemaskan buku-bukunya di atas meja. Pada masa yang sama juga,kertas-kertas yang berada di atas meja jatuh bertaburan di atas lantai. Sofea dapat merasakan sesuatu yang bakal terjadi.Hatinya menjadi tidak tenteram. ‘Kenapa hati aku macam tak sedap je’kata hati Sofea.
Sofea terus menuju ke tingkat bawah dengan tergesa-gesa. Hatinya menjadi semakin tidak tenteram kerana dia teringat yang keluarganya masih belum pulang dari Bandar Batu Pahat. Sofea berasa pelik kerana keluarganya masih belum pulang sedangkan jarak rumahnya dengan Bandar Batu Pahat tidaklah jauh. Sofea melihat jam di dinding. Jam itu menunjukkan tepat pukul 11.00 malam. Keluarganya pergi pada pukul 7.30 malam. Dalam masa tiga jam setengah,keluarganya masih belum pulang. Sofea menjadi semakin risau dan tidak tentu arah. Dia terus mendapatkan mak saudaranya di ruang tamu. Sofea melihat wajah mak saudaranya itu. Wajah itu kelihatan muram dan sedih.
Sofea semakin pelik. ‘Kenapa mak cik menangis?Apa yang berlaku sebenarnya?’bisik Sofea sendirian.
“Mak cik..mak cik..kenapa ni?kenapa mak cik menangis?”tanya Sofea kepada Puan Salimah. Puan Salimah tidak jawab soalan Sofea malahan Puan Salimah memeluk Sofea dengan erat sekali sambil menangis.
“Fea..fea jangan menangis dengan berita yang mak cik nak beritahu ya..keluarga fea…”tidak sempat Puan Salimah ingin menghabiskan ayat kerana Sofea terlebih dahulu memotong ayat Puan Salimah.
“kenapa dengan keluarga Fea,mak cik?kenapa?apa yang terjadi sebenarnya,mak cik?”tanya Sofea sambil mengoncangkan lengan Puan Salimah. Soalan yang bertalu-talu daripada Sofea telah membuatkan Puan Salimah menjadi semakin sebak di dadanya.
“keluarga Fea..keluarga Fea dah tak ada sayang..”tergagap-gagap Puan Salimah menjawab soalan Sofea itu. Sofea terpana sebaik mendengar berita yang disampaikan oleh mak saudaranya itu. Tiba-tiba kolam matanya terasa panas. Dia cuba untuk menahan tetapi tidak boleh dan akhirnya butir demi butir air mata Sofea jatuh juga di pipi mulus miliknya.
Setelah mendengar berita itu,dia terus berlari menaiki tangga untuk ke kamarnya. Setibanya Sofea di kamarnya,Sofea hanya mampu menangis dan menangis dan terus menangis. Dia tidak dapat melihat wajah keluarganya buat kali terakhir. Kini dia seorang anak yatim piatu. Dia terus menangis sambil menjerit dan berkata “umi..abah..along..angah…achik..kenapa tinggalkan Fea seorang diri?!!”jeritan kuat Sofea bergema di dalam kamarnya.
..............................................................................................
“Hoi..kenapa kau menangis ni?”sergah Fatimah kepada sahabatnya di sebelah telinga Sofea. Sofea kaget dengan sergahan itu. Fatimah adalah sahabatnya di universiti dulu dan diangkat sebagai house-matesnya semasa di luar negara.
“Hah?”Sofea terpinga-pinga dengan soalan Fatimah. Apabila melihat Fatimah sudah berlalu ke sofa,lantas Sofea turut menuju ke sofa.
“Kenapa kau menangis?”tanya Fatimah kembali dengan soalan yang sama.
“Aku masih ingat peristiwa pasal arwah keluarga aku..”jawab Sofea sambil menyeka air mata di pipi mulusnya itu dengan belakang tangan.
“sudah..sudahlah tu..just forget it..cerita tu dah lepas dah..life must go on..you must happy not sad ok..”ucap Fatimah sambil menggosok-gosok belakang badan Sofea.
‘Betul juga kata eifa ni..life must go on..’bisik hati Sofea. Tiba-tiba Sofea teringat yang dia mahu pergi ke MPH Bookstore di Taman Maluri,Cheras Kuala Lumpur untuk membeli novel yang bertajuk Di Langit Cinta. Sofea dan Fatimah memang gilakan novel. Hobi mereka pada waktu lapang dengan novel sahaja. Dalam rumah sewa mereka,terdapat satu almari bersaiz besar berisi novel-novel kesukaan mereka.
“Wei..jom kita pergi MPH nak?aku nak beli novel Di Langit Cinta,boleh tak?”tanya Sofea dengan girang. Sofea hanya buat-buat gembira kerana Syafiqah iaitu sahabatnya juga dari sekolah menengah berkata ‘walaupun kau sedih but you must try to happy’. Sofea sentiasa mengingati nasihat Syafiqah walaupun mereka berjauhan tetapi mereka masih berhubungan melalui talian telefon bimbit dan juga melalui internet.
“Ok jom..aku pun ada nak beli novel juga..”jawab Fatimah. Fatimah memahami perasaan Sofea kerana dia adalah sahabat Sofea sejak di unversiti.
Sofea memakai t-shirt berwarna merah hati dan dia juga mengenakan tudung dan seluar jeans berwarna hitam. Terserlah keayuan dan kecomelannya manakala Fatimah pula memakai pakaian santainya atau dikenali sebagai pakaian tradisionalnya iaitu t-shirt lengan panjang warna biru,seluar jeans warna hitam dan memakai tudung berwarna putih susu.
Mereka pergi ke MPH menaiki kereta kesayangan Sofea iaitu Myvi berwarna hitam. Tidak sampai 20 minit,kereta Myvi itu sudah tiba ke destinasinya. Sofea dan Fatimah masuk ke kedai MPH Bookstore itu. Setelah masuk,mereka terus menuju ke rak novel-novel remaja. Selepas Sofea dan Fatimah membayar semua novel yang mereka sukai,mereka keluar dari MPH dan ingin menuju ke kereta tetapi tiba-tiba ada seorang lelaki terlanggar bahu Sofea. Semua barang yang baru Sofea beli jatuh di atas simen. Lelaki itu pula telefon bimbit kepunyaannya jatuh ke simen dan hancur berkecai. Wajah lelaki itu sudah merah padam menahan marah.
“kau ni buta ke apa?!hah?!”tengking lelaki yang berhadapan dengan Sofea. Sebaik mendengar kata-kata lelaki itu,wajah Sofea juga sudah merah padam menahan marah.
“excuse me??please repeat your word again..”duga Sofea kepada lelaki itu.
“ohh…kau nak aku ulang balik ayat aku ea??pekak rupanya minah ni..”jawab lelaki itu dengan senyuman sinis. “kau ni buta ke apa?!”sambung lelaki itu dengan suara yang lantang.
“hello..kau nak marah aku apehal?!..patutnya aku yang marah kau..faham??!!”marah Sofea kepada lelaki itu.
Belum sempat lelaki itu untuk menjawab,Fatimah telah mencelah dahulu dengan menolak kuat bahu lelaki itu sehingga membuatkan lelaki itu jatuh di atas lantai dan berkata “eh..lebih baik kau blah sebelum aku panggil geng kiteorang karang baru tau..baik kau blah sekarang!!!”suara lantang Fatimah telah membuatkan orang yang lalu-lalang di hadapan kedai buku itu terkejut.
Lelaki itu terus bangun dari pembaringannya tadi lalu terus beredar dari situ. Terperanjat dia bila mendengar suara yang lantang milik Fatimah itu.
Sofea dan Fatimah saling berpandangan sesama sendiri dan tiba-tiba mereka ketawa sekuat hati kerana lucu melihat cara lelaki itu lari daripada mereka.
“hahahahaha…takut rupanya mamat tu..hahahaha…”kata Sofea yang masih bersisa dengan ketawa dan disambung oleh sahabatnya iaitu Fatimah.
“dah jom..aku dah tak sabar dah nak baca novel ni..”tanya Sofea kepada Fatimah lalu Fatimah mengganguk apabila mendengar kata-kata Sofea itu.