kesunyian
Selasa, 7 Februari 2012
assalamualaikum awak..
ary nie saya bru jerk pulang dri KL...penat lha gx...tpy..hati saya agy penat....saya ta tau nx bgtau pd sape tntg condition hati saya nie..saya sbnrnyer nx nangis..tpy saya tahan....tpy saya tau saya ta mampu utk mnhn hati saya yang sdg bercmpur baur ngn smue perasaan....saya ingtkn nx bgtau pd abg angkt saya @ BF saya..tpy kedua2nyer ta on9 n ta lyn saya un...hati saya sakit n pedih ngn lynn dri HAFIZ MAULA APIZ MAULA...td die ad on9 tpy die ta lyn saya un...saya sedih sgt2...abg angkt syew un ta on9...saya sedih....saya ta tau nx ckp mcm mne agy dh..hati saya sedih sesangat2...saya memerlukn seseorg pd mse nie..tpy smue ta de...ntah lha...mungkin die ta ditakdirkn utk saya....saya un ta tau lha...mybe mlm nie saya bertidokn air mate...krne SEORANG LELAKI....
k lha awak..smpay cnie saje k..bubye....assalamualaikum... :'(
 |
| diri dan hatiku kesunyian tanpa dia disisiku.... |
mood : sukar diluahkan...~~~
Sabtu, 14 Januari 2012
tarikh : 14/1/12
ary : sabtu
ary nie akue ta jumpe ngn abg angkt akue...sbb bz at umah mak cik akue at prit bilal..tpy mse bz 2 lha akue asyik tringt at die jerk slalu....akue ta suke condition mcm nie...ia uad akue terseksa n lemas....akue ta nx!..tolonglha akue nie....hurmm..juz forget it...akue ta kesah smue 2...akue nx bgtau die psl smue nie..tpy..akue ta bersedia agy...akue takot die tgglkn akue mcm 2 jerk..akue ta sggup lha...esok akue arp tramt sgt akue dpt jumpe die uad kly yg trakhir....sbb lps kiteowg brjmpe..akue akn bgtau die psl smue2nyer...ppe kptsn yg die uad....akue trime ngn redha...n akue arp Allah beri akue kekuatan utk trus mnjlni dugaan-Nya ini di muka bumi ini....
hurmm...soe yer diary..akue ta dpt lme2 sbb akue takot mkin lme akue luahkn..mkin sesak dada akue nie...huhuhu..k lha bubye...assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh...mmuuaaahhhxxx..<3
mood : ntahlha...~~~~
Khamis, 12 Januari 2012
tarikh : 12/1/12
ary : khamis
assalamualaikum diary...
kenape ye ary nie an..akue rse mcm ade khlgn sesuatu n smue prsaan yg berkaitn ngnnyer...kenape yer??...n ap perasaan e2...akue bingung lha..ap sbnrnyer trjdi pd dri akue nie...sakit akue lom baek2 agy....batuk mkin teruk..dada mkin sakit...yg psty 1 bdn akue nie skit...ta tau lha napew...diary..haruskah akue meluahkan ap yg akue rse skunk nie???..akue takot...n akue lom brsedia utk melupekn die n melpskn die dri idupku ini...ap yg harus akue lkukan???.....hatiku berbelah bahagi skunk nie...spruh dri aty akue nie..swoh luahkn ap yg slme nie akue sorokkn...tpy sblh agy..ta rela...akue ta leyh mcm nie...nx ikutkn akue nx bgtau jerk..tpy lau lps akue bgtau...adkh die msih akn trime akue agy???..atau die akn.....melepaskn akue mcm gitu jerk.....akue ta sggup..ap yg hrus akue lkukn skunk???...diary tolong lha akue....bg akue idea....akue ta sggup nx bhong ap dri akue sndry n diri die gx...akue ta sggup..lau akue bgtau...msty die akn pk akue nie..jnis yg suke mempermainkn prsaan lelaki......akue ta tau nx uad ap agy.......
k lha diary smpy cnie saje k....t akue inform at kow..bubye..salam...mmuuaahhhxxx..
~cinta yang tak kesampaian 2~
Jumaat, 12 November 2010
janganlah menyakiti hati ini lagi...tolonglah..aku tidak mampu lagi untuk menahan kesakitan ini..cukuplah...hati aku kini sudah bernanar dan berdarah dengan teruk...sembuhkanlah hati ini dengan penawar yang berkesan...mengapa aku merasakan yang aku merindui seseorang yang begitu bermakna kepadaku?mengapa??siapakah gerangan yang aku rindu-rindukan itu??tolonglah jawab...
JAWAPANNYA IALAH ALLAH S.W.T,RASULULLAH,MOHD.BORHAM,NENEKKU,DATUKKU,SAHABATKU DAN KELUARGAKU
mereka adalah insan yang paling mulia yang pernah aku temuui walaupun mereka telah menyakiti hatiku ini..ALLAH DAN RASULULLAH telah menyembuhkan hatiku ini tetapi seseorang telah melukakan hati ku kembali dengan sekelip mata...aku sudah bertemu dengan cinta yang sejati yang sampai akhir hayatku DIA mencintai dan menyayangi diri ini tanpa rasa ragu-ragu...terima kasih YA ALLAH...tetpi cinta yang berada di alam fana ini belum ku temui..aku serahkan jodoh dan pertemuan diriku dengan dirinya kepada YANG MAHA KUASA
-CHINTA-
~cinta yang tak kesampaian~
Selasa, 9 November 2010
selepas kita berpisah,idup aku kucar-kacir..aku tidak tahu kenapa..otak aku menjadi kosong seperti orang bingung...mengapa kau wat aku mcm ni,boq?mengapa?semenjak kau ade di sisi aku,idup aku menjadi indah selepas kehadiran kau disampingku..kau ade untuk memberikan aku semangat untuk terus belajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang..kau banyak bersabar dengan melayan kerenah aku ini...tapi semenjak engkau tiada disisiku,semua mata pelajaran aku yang selama ini aku pelajari terus dibuai angin..tiada satu yang berada di dalam fikiran aku ini..sebelum peperiksaan mate bermula,aku terkapai-kapai untuk mengingati semua bab yang telah dipelajari oleh Puan Fuza..tetapi alhamdulillah fikiran aku bisa mengingati formula-formula itu...aku harap dengan kehadiran kau sebagai abang angkat aku,perasaan cintaku kepada kau akan terus kekal dihatiku..jangan memaksa aku untuk berhenti mencintai kau kerana kau amat bermakna buatku...sayang dan cintaku kepadamu lebih dari seorang adik kepada abang...biarlah aku pendamkan perasaan ini sampai akhir hayatku...
-CHINTA-
30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....
Ahad, 5 September 2010
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
abang sayang sofea bahagian 3
Ahad, 25 April 2010
“Dan..nanti kau tolong aku ok…”kata Irfan kepada Danial yang berada di belakangnya sambil berjalan ke arah dua orang gadis itu dengan senyuman sinis. Muka Danial berkerut-kerut apabila mendengar kata-kata daripada Irfan.
“tolong??tolong apa?”tanya Danial sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Irfan hanya sabar saja. ‘eiii!lurus bentul juga mamat ni!’
“tolong tumbuk minah tu..nak??!”geram Irfan dengan perangai lurus bentul sahabatnya itu. Danial terkejut. ‘gila ke apa kawan aku ni?nak aku tumbuk cewek cun..tak naklah aku tumbuk cewek tu..memang dasar gila betul kawan aku ni..’kata hati Danial.
“tahupun tak nak…”jawab Irfan seolah-olah mendengar kata hati Danial itu. Danial sekali lagi terkejut. ‘dia dapat baca isi hati aku?eeee…seramnya aku..’ “aku nak kau tolong back up aku nanti boleh tak?”sambung Irfan sambil mengerling sekilas ke arah gadis itu.
“ok..”jawab Danial selepas tiba di meja cewek cun yang sedang makan mee bandung itu.
“assalamualaikum..”
“waalaikumsalam..”jawab salam secara serentak oleh dua orang gadis itu sambil mengalihkan pandangan mereka ke arah tuan punya milik suara itu. Mereka sama-sama terkejut.
“apa kau buat kat sini?”tanya Fatimah secara berbisik.
“hai..takkan aku tak boleh datang sini kot..ke korang takut??”Irfan memberi jawapan yang sinis kepada dua orang gadis itu. Danial yang dekat belakang Irfan hanya mendiamkan diri sambil menanti jawapan dari mulut kecil milik Sofea.
Sofea dan Fatimah hanya menahan marah mereka yang semakin tiba ke puncaknya. Namun hanya sebentar. Kemudian mereka kembali tenang.
“huh..kita orang nak takut dengan kau?..sorrylah wei..”jawab Sofea sambil tersenyum sinis kerana dia sudah tahu apa tujuan dua mamat ni datang ke meja diorang. Irfan dan Danial terkejut dengar kata-kata gadis itu. Irfan jadi semakin geram dengan kata-kata sinis itu.
“ada aku kisah kau takut dengan aku ke tak?!aku nak kau dan kau ganti balik handphone aku yang hancur dek korang!”marah Irfan sambil menudingkan jarinya ke arah Fatimah dan Sofea. Fatimah kaget manakala Sofea hanya berselamba. Tiba-tiba Sofea ternampak sesuatu di sebalik poket seluar milik Irfan iaitu handphone barunya tetapi Sofea hanya buat tidak nampak saja.
Danial menyampuk. “bukan ke kau dah beli handphone baru tadi?”hairan Danial sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu. ‘pelik..kan Fan dah beli handphone baru?tak cukup satu handphone ke apa?’tanya Danial di dalam hati.
Irfan bengang. “kau bukan back up aku bongok!!”bisik Irfan kepada Danial. Danial tersengih-sengih.
“dah..lebih baik kau blah sekarang..coz we not have any discussion now..so you can get out from here!!”lantang suara Sofea kepada Irfan. Irfan dan Danial pun pergi daripada meja dua orang gadis itu. ‘kau tunggu jelah nanti!’marah Irfan di dalam hatinya.
“awak..boleh tak mintak nombor telefon?”tanya Danial kepada Sofea. Sempat lagi dia nak usha Sofea dalam keadaan temannya yang tengah marah.
“Danial!!!”panggil Irfan dengan kuat.
“yelah..yelah..”jawab Danial sambil memuncungkan bibirnya.
**************************************************************************************************
Selepas dua mamat itu pergi,Sofea dan Fatimah ketawa terbahak-bahak. Keadaan menjadi riuh-rendah dengan ketawa mereka. Pelanggan yang melihat perang dunia itu pun ketawa. Sofea dan Fatimah terus ketawa dan ketawa dan ketawa.
“takut rupanya mamat tu..hahaha”kata Sofea dengan diiringi dengan ketawanya itu.
“dah..dah..sambung makan..aku dah lapar dah ni..”
Mereka terus menyambungkan makanan diorang itu. Selepas selesai makan,Fatimah terus membayar bil mereka di kaunter.
“berapa semuanya kak?”
“RM 12.60”
“terima kasih”kata Fatimah. Fatimah terus pergi ke arah Sofea. Mereka berjalan secara beriringan menuju ke kereta milik Sofea itu. Tiba sahaja di pintu tempat memandu,tiba-tiba Sofea menendang tayar kereta kerana tayar keretanya menjadi kempis.
“kurang ajar!!”marah Sofea sambil menendang tayar.
“kenapa dengan kau ni Sofea?”
“kurang ajar punya mamat!!tunggu je kau”marah Sofea sambil menggenggam penumbuknya itu.
Fatimah terus pergi ke tempat Sofea berdiri. Terkejut dia selepas memandang tayar kereta. Tanpa mereka sedari,ada sepasang mata sedang memandang mereka dengan senyuman puas.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
‘padan muka kau!!hahaha’hati jahat Irfan kegembiraan selepas apa yang dia buat dekat kereta Sofea itu. Danial hanya memandang dengan muka yang sudah berpeluh. Dia mengesat peluhnya dengan menggunakan hujung lengan baju kemejanya.
“dah lah wei..aku dah panas ni..jomlah..”ajak Danial sambil menarik kemeja kawannya itu.
“yelah..yelah..”sahut irfan sambil bangun daripada cangkung. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta milik Irfan. Kereta ALZA berwarna hitam itu memandu dengan tenang di jalan raya.